26.7.11

LiDah LeBiH TajaM dArI MaTa PedAnG

salam..


aku bukan nak cakap sai lidah or pedang..Tapi aku nak cakap sai kata-kata yang keluaq dari mulut manusia....aku terase nak tulis entri sai ni sebab aritu aku pon da problem sai ni la..aku pon xsuka orang kata benda-benda xelok dan orang pon xsuka dengaq yang xelok kuaq dari mulut aku...kata-kata lebih sakit dari mata pedang aku ase...kalau terase dengan kata-kata ni susah ati nak sembuh tapi kalau kena mata pedang sapu ubat..nanti tinggal parut ja..


ayat kat bawah ni aku amek kat fb membe aku..sila la tengok..


14 macam bahaya lidah yang harus diperhatikan manusia: oleh Imam Al-Ghazali


Pertama ~ perkataan yang tidak bermanfaat yang boleh membuatkan hati kasar.

Kedua ~ mereka yang banyak bercakap, maka dia banyak bohong. 

Ketiga  ~ bersembang kosong. Padahal ciri-ciri orang beriman (QS 23:3) adalah mereka yang sentiasa menghindarkan diri dari perkataan dan perbuatan yang tidak bermanfaat.

Keempat ~ menyebabkan pertengkaran dan dendam.

Kelima ~ banyak bicara akan menimbulkan permusuhan antara kelompok dan golongan.

Keenam ~  mereka yang berbohong dengan mengaku sebagai pakar suatu bidang.

Ketujuh ~ ucapan yang mengandungi makian dan cacian.

Kelapan ~ ucapan yang mengutuk seseorang atau satu golongan.

Kesembilan ~ ungkapan syair atau nyanyian yang membangkitkan nafsu kebinatangan seseorang.

Kesepuluh  ~ senda gurau dengan memperolok-olok orang lain. Rasulullah bersabda: ‘” Sesungguhnya mereka yang mentertawakan teman-temannya, mereka akan jatuh ke dalam neraka, lebih jatuh dari bintang suria.”

Kesebelas ~  mengejek orang lain. Allah berfirman: ”Hai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum merendahkan (mentertawakan) kaum yang lain. Boleh jadi (yang ditertawakan itu) lebih baik dari mereka (yang mentertawakan). Jangan pula sekelompok wanita mentertawakan kelompok wanita yang lain, boleh jadi (yang diperolok-olok itu) lebih baik dari mereka dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu memanggil dengan gelaran-gelaran yang buruk,”” (QS 49: 11).

Kedua belas ~  membuka rahsia orang lain.

Ketiga belas  ~ berjanji palsu.

Keempat belas  ~ bersumpah palsu. Semua itu akan merosak nilai-nilai amanah. Rasulullah bersabda: ”Waspadalah terhadap pembohong! Sebab pembohong dan orang-orang yang zalim sama-sama dalam neraka.” (HR Ibnu Majah)

p/s : entri ni juga nasihat untuk diri sendiri yang banyak kekurangan..yela mulut aku kan xqeti nak diam..kalau aku diam nanti membe aku pelik pulak..dah terbalik kan..

gambaq ni xda kaitan pon..saja nak boh.. 

No comments: